Pendaftaran Seminar
Nama Alamat Email H/P No. Tempat Seminar
PENGUMUMAN
 

Saturday, July 21, 2018

Masa Untuk Kita Melabur?

Salam semua, kepada klien aziz cfp, penantian kita utk membuat pelaburan yg berisiko rendah serta pasti memberi pulangannya telah tiba. Menurut laporan drpd The Edge, 20 Julai 2018, harga pasaran high end condo di KL telah naik 4.4% atau RM784 sekaki persegi pada 2Q18(2nd quarter 2018). Pasaran kondo adalah tanda aras peningkatan/penurunan nilai hartanah di Malaysia kerana segmen ini adalah yg paling berisiko di antara segmen2 hartanah yg lain. Ia juga adalah pengemudi kepada nilai hartanah utk segmen2 yg lain.

Selain daripada itu, penukaran kerajaan PH lebih memberi sinar kepada ekonomi dan memberi harapan yg lebih cerah utk masa depan negara. Ditambah lagi dgn senario pasaran saham negara(KLSE) yg telah melepasi angka indek komposit 1,700 juga membayangkan ekonomi masa hadapan yg lebih cerah. Pemulihan nilai matawang RM dijangkakan juga akan pulih dan sepatutnya berada pada paras RM3.80 per USD dalam jangkamasa segera/sederhana. Ianya juga dijangka memberi impak kpd ekonomi negara. Tanda2 awal telah diperlihatkan, sungguhpun ianya bukanlah pengesahan yg hakiki, tetapi keupayaan kita utk menjangka/melihat lebih awal boleh memberi kelebihan terhadap keputusan dan langkah2 kita yg seterusnya dalam membuat pelaburan yg optimum.

Jadi Sdra/Sdri sekelian, jika ada peluang2 pelaburan yg baik/menguntungkan mengikut tata pelaburan Model AJIT, bolehlah kita bincang dan mencari jalan yg terbaik agar kita dapat membuat pelaburan atau “wealth creation” dgn lebih cermat dan teratur. Insyaallah dgn restu Allah S.W.T. dan niat yg betul serta doa kepadanya, cita2 dan hasrat yg diingini boleh kita jayakan dgn izinnya.

Wasallam.

 

Admin area

 
 
 

About Us

  • sekuriti.gif
    Dilesenkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Perancang Kewangan/Penasihat Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti No. Lesen : CMSL-1/A0001/2007
  • logo.gif
 
 

Download & Links

  • borang-pff-label.gif
  • peta-pejabat-label.gif
  • peta-lokasi-bengkel-label.gif