Perpindahan Pejabat Baru ke Ayer@8, Presint 8 dan Selamat Tahun Baru 2020

Tahun baru 2020 telah datang dan sedang dilalui. Tahun lepas tersangat mencabar buat kebanyakan kita rakyat Malaysia. Masakan tidak, harga barangan meningkat, gaji mendatar, “economic growth” pada tahap mendatar dan kerajaan baru dibawah PH sangat tidak memberangsangkan. Tiada pembaharuan yg telah dilakukan. Kebanyakan polisi yg diperkenalkan hanya menyusahkan rakyat kebanyakan. Pulangan ekonomi secara mikro pula berada pada tahap “historical low”. Pulangan dividen ASB pada tahap 5% adalah tahap pulangan yg diberikan oleh industri perbankan. Semenjak pengurusan baru dibawah Zeti Aziz, pulangan produk2 PNB semakin merudum. Jika dinilai mengikut keberkesanan pengurusan ini, KESEMUA mereka dibawah pengurusan baru ini sepatutnya meletakkan jawatan! Sangat “incompetent” dan Zeti Aziz eloklah teruskan persaraan anda. Jadi, jika senario yg kurang memberangsangkan ini terus berlaku sehingga ke depan, apakah tindakan yg perlu kita lakukan? Kalau mengikut hemah saya ada 3 strategi yg MESTI kita lakukan atau 4 kepada yg telah ada simpanan yg mencukupi.

1. Simpan sebanyak mungkin(maximum savings).
2. Kurangkan hutang sebanyak mungkin jika boleh TIADA HUTANG langsung.
3. Pastikan aliran tunai(cashflow) anda positif.
+4. Jika ada peluang pelaburan yg “cashcow” boleh ambil peluang ini tetapi pastikan ianya tidak melebihi 40% simpanan anda. Zaman kemelesetan pasti ada peluang.

Aziz Ibrahim CFP TELAH BERPINDAH pejabat daripada Presint Diplomatik ke Ayer@8, Presint 8, Putrajaya. Kepada para sahabat2 yg akan menemui aziz cfp, anda akan dimaklumkan menerusi sms/watsap oleh Kak Lin kelak.

Selamat Tahun Baru 2020 semoga niat dan azam baru akan menjadikan hidup anda semua lebih “Happy, Healthy and Wealthy”. Wasallam.

aziz cfp

ALIRAN KEWANGAN YANG SIHAT

Bagaimana hendak menyimpan apabila belanja bulanan pun tak mencukupi? Keluhan seperti ini adalah norma dalam keadaan hidup dan ekonomi semasa. Apabila seseorang itu mempunyai pendapatan yang tetap, ia akan berdepan dengan keadaan dimana ia akan merasakan kapasitinya terbatas. ` Ibarat semut yang berlegar-legar dalam lingakaran kotak yang diperuntukkan.` Penyelesaian mudah yang biasanya diambil oleh golongan ini adalah cuba untuk membesarkan lingkaran kotak tersebut. Dalam erti kata lain, mencari peluang bagi menambah jumlah pendapatan mereka. Namun begitu, adakah ia merupakan jalan penyelesaian yang tepat dan benar? Dalam kalangan masyarakat yang menuju kearah gaya hidup meritokrasi, kehidupan kita ibarat ` survival of the fittest`, ia sangat mencabar dan memberi tekanan yang besar terutama bagi golongan muda.

Amalan menggali lubang bagi menutup lubang lain juga merupakan amalan yang biasanya diamalkan sebagai salah satu jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Ianya tidak salah, tetapi jika masalah sebenar tidak dikenalpasti dan dirawat dari akar umbi, buatlah macam mana pun, anda hanya akan berdepan dengan kekecewaan dan keadaan yang lebih sulit dari yang asal. Aliran kewangan yang baik adalah jawapan yang paling tepat bagi masalah ini. Samada kita tahu atau kita buat-buat tak tahu tentang jalan penyelesaian yang satu ini. Konsep aliran kewangan yang sihat dan positif adalah satu konsep yang sangat penting dan saya sangat tegaskan terutama dalam kalangan klien azizcfp. Jika aliran kewangan anda negatif dan anda gagal membuat simpanan, jangan kita bercakap soal lain. Dalam hal ini, biasanya saya akan bahagikan kepada 2 kategori; perbelanjaan peribadi DAN pengurusan hutang.

Aspek penjagaan bajet bulanan bagi merangka perbelanjaan adalah komponen yang sangat penting dalam perancangan kewangan. Jika anda tiada disiplin dalam menjaga perbelanjaan dan culas dalam merekod angka, percayalah, masalah anda tidak akan pernah selesai. Komponen kedua ialah pengurusan hutang. Jika ditanya mengenai penglaman, bagi saya, jika seorang klien memberi kerjasama dan berdisiplin dalam menjaga perbelanjaan, mereka ini adalah dalam kategori klien yang ideal. Hal ini kerana disiplin mereka memberi ruang yang besar kepada saya sebagai penasihat untuk bermain dengan kreativiti dalam profil kewangan mereka. `It’s a thrill instead of a chore.`

Disini saya kongsikan sedikit tip menjaga aliran kewangan secara ringkas:-
1) Pay yourself first
– Fokus untuk simpanan peribadi anda apabila anda memperoleh pendapatan sebelum menyelesaikan aspek-aspek lain dalam kewangan.

2) Catit perbelanjaan anda
– Penggunaan buku 555 yang digalakkan kepada klien azizcfp adalah amat baik jika dijadikan amalan dan bukanlah sekadar tayangan semata-mata

3) Keperluan vs Kehendak
– Utamakan keperluan dalam perbelanjaan, kompromi dalam kehendak yang anda inginkan. Susun prioriti anda mengikut keadaan semasa.

Panduan yang diberikan diatas mungkin berbunyi klise, tetapi jika anda amalkannya secara intensif selama 6 bulan, pasti akan ada perubahan dalam kewangan anda. Semoga sedikit sebanyak panduan tersebut boleh memberi semangat kepada anda yang membaca bagi menentukan kesihatan aliran kewangan anda.

Atika Aziz CFP

Rumah Mampumilik Hanyalah Mimpi Semata2?

Salam semua,

Baru2 ini kerajaan PH dibawah Kem. Perumahan sibuk menyatakan utk membina rumah mampu milik yg benar2 mampu dimiliki oleh majoriti rakyat dgn kerjasama pihak Bank dgn penyediaan kemudahan kredit yg fleksibel dan senang dicapai oleh kebanyakan rakayat. Jawapannya adalah BULLSHIT! Menteri Perumahan, Zuraidah Kamaruddin hanya pandai bercakap tapi realitinya adalah mengarut. Jika di KL, rumah mampu milik berharga RM300k(PR1MA), dengan pinjaman 100% selama 30 tahun dan kadar faedah 4.45%, bayaran bulanannya adalah hampir RM1,750 sebulan. Jika purata rakyat bergaji RM5,000 sebulan, dgn kaedah baru pengiraan kemampuan membayar balik pinjaman@ Debt servis ratio(DSR), niat atau kenyataan yg diumumkan itu hanyalah mimpi semata2.

Jika benar kerajaan bersungguh utk menjayakan hasrat memenuhi keperluan rakyat memiliki rumah mampu milik, sepatutnya bukan harga rumah yg harus dipertikaikan tetapi bayaran bulanan yg mampu dibayar oleh rakyat yg sepatutnya diberi perhatian khusus. Apakah perkara ini boleh dilaksanakan? Jawapannya sudah pasti, BOLEH.

Pembuat dasar kerajaan sepatutnya berfikir di luar kotak bagi membolehkan bayaran bulanan mampu dibayar oleh rakyat jika benar kerajaan berhasrat menjayakan program rumah mampu milik yg dimaksudkan. Jika tak tau, tanya pada mereka yg tau. Jangan lagi seperti kerajaan BN yg lama yg hanya tahu menyonglap bagi melaksanakan sesuatu projek demi kepentingan mereka sendiri dan bukannya rakyat. Jawapan kpd cara perlaksanaan rumah mampu milik adalah menerusi “Kreatif Financial Modelling” sepertimana yg kita laksanakan dlm Model AJIT. Tidak perlu saya merungkaikan secara detail kaedah perlaksaan Model pembiayaan rumah mampu milik di sini. Cuma yg ingin saya katakan hanyalah ianya boleh dilaksanakan drpd Model yg telah sedia ada. Jika bayaran bulanan RM1,750 sememangnya tidak mampu dicapai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, tetapi jika hanya RM800 bulanan bagi rumah yg berharga RM300k, inginkan anda memilikinya? Atau soalan yg lebih baik, mampukah anda membayar bulanan hanya RM800 sebulan drpd RM1,750 bulanan dgn cara biasa? Jika ada “political will” PASTI ianya boleh dilaksanakan.

Wasallam.