TAK PERLU KELUAR DUIT EPF MELALUI i-CITRA KALAU ANDA…..

Salam dan Selamat Sejahtera

Apa khabar? Saya harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Anda dah ambil vaksin ke belum? Kalau yang belum sila ambil vaksin dengan kadar segera untuk mencegah virus covid19 ini dijangkiti. Pada yang sudah mendapat vaksin, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana anda telah melakukan satu tanggungjawab sebagai seorang yang prihatin terhadap kesihatan anda dan juga orang sekeliling anda.

Pada 12 Julai 2021 yang lalu, kerajaan telah membenarkan kita sebagai rakyat Malaysia mengeluarkan duit sebanyak RM 1000 dari KWSP untuk 5 bulan. Erti kata lain setiap bulan kita boleh keluarkan duit KWSP itu sebanyak RM 1000 setiap bulan untuk tempoh 5 bulan akan datang. Pengeluaran duit itu dibenarkan melalui akaun 2 terlebih dahulu dan jikalau dapati jumlah baki akaun 2 tidak mencukupi kita dibenarkan mengeluarkannya dari akaun 1. Pengeluaran duit KWSP ini untuk memberikan bantuan dari segi kewangan pada kita yang terjejas akibat pandemik. Ia bukan lah membenarkan kita untuk berjoli atau melabur ke tempat yang berisiko tinggi selepas kita mengeluarkannya. Kita berperlu berhati-hati dan hindari akan iklan-iklan yang melibatkan pelaburan di musim covid-19. #TakPastiJanganMelabur perlu diwar-warkan untuk kesedaran kita semua akan bahananya pelaburan-pelaburan yang berisiko tinggi dalam keadaan sekarang. Berdasarkan tajuk diatas, anda tidak perlu mengeluarkan duit KWSP jikalau anda berada disituasi seperti berikut:

Aliran Duit Keluar Masuk Adalah Positif

Apa maksud aliran duit keluar masuk adalah positif? Ia bermaksud pendapatan bulanan anda jauh lebih tinggi daripada perbelanjaan anda setiap bulan. Sebagai contohnya, pendapatan anda setiap bulan RM 3000 manakala perbelanjaan anda setiap bulan adalah kurang dari RM 3000 sebulan maknanya anda berada dalam situasi Positive Cashflow.

Masih Mempunyai Kerja Dan Punca Pendapatan Tidak Terjejas

Pada yang masih mempunyai kerja walaupun anda digalakkan bekerja dari rumah dan pendapatan bulanan anda tidak terjejas, anda tak perlu bersusah payah untuk menghubungi pihak KWSP atau melayari portal rasmi mereka untuk memohon i-Citra ini. Anda perlu simpan duit anda yang berada di dalam KWSP itu untuk kegunaan kecemasan kelak. Situasi sekarang kita tak tahu akan bila kecemasan yang kita bakal alami.

Duit Di Tangan Masih Mencukupi Untuk Menampung Kos Perbelanjaan

Ia berkait rapat dengan point yang kedua itu kerana kita bekerja untuk mendapatkan gaji supaya kita boleh menampung segala perbelanjaan kita pada bulan tersebut sementara kita menanti gaji pada bulan seterusnya. Bila kita dapat duit gaji tersebut dengan duit gaji itu lah kita akan teruskan kehidupan harian sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini adalah sedikit tips atau pandangan yang boleh diguna pakai pada seluruh masyarakat diluar sana atau untuk seluruh client Aziz CFP. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak dijangkiti wabak covid-19 yang sedang menggila menyerang manusia di seluruh dunia.

Sekian, terima kasih

Pesanan ringkas daripada Ashraf Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *