Cerita Kecekalan

Mujahid dan isteri salah seorang klien di Kuantan, bekerja sebagai technician, gaji bersih RM1,560, utk tambah pendapatannya suami-isteri beranak 2 itu menjual “jelly kelapa muda” di pasar2 malam pada hujung minggu dengan mendapat pendapatan tambahan RM700 sebulan. Mereka berhasrat memiliki sebuah rumah. Sebelum menjadi klien Aziz CFP, seluruh Kuantan dicari mereka housing loan bertujuan membiayai rumah impian mereka. Semua bank di Kuantan hanya membenarkan pinjaman tidak lebih RM60k buat mereka memandangkan pendapatan mereka yang sedemikian. Bagaimanapun niat mereka tidak terpadam begitu sahaja. Pada hakikatnya hidup mereka tidak susah tapi tak senang.
Kini selepas 8(lapan) bulan bersama Aziz CFP, selepas 5 kali pertemuan, pasangan tersebut TELAH memiliki sebuah rumah di Indera Mahkota, Kuantan berharga RM189k. Mereka mendapat pembiayaan Bank sebanyak RM184,500. SIMPANAN mereka RM30K TIDAK TERMASUK 2 OD dan pada pertemuan kali terakhir, kita dalam perancangan buat pasangan itu membeli sebuah kereta BMW 3-serie.
Itu adalah satu drpd cerita2 mereka yg benar2 tekun dan berdisiplin mengharungi proses merancang kewangan personal. Tiada yg mustahil. Jika seseorang itu sanggup melawan masa, nafsu dan perasaan tamak, Insyaallah impian itu tiada mustahilnya. Pokoknya tetapkan fikiran, berdoa dan “matlamat anda halatuju kia”. Bukan senang nak senang tapi senang nak susah.

Indran dan suami berbangsa India adalah antara beberapa klien bukan bumi dengan Aziz Ibrahim CFP. Sebelum ini merka mempunyai hutang yang banyak. suami Indran pula mempunyai hutang dan sangkut di CCRIS. Selepas pertemuan pertama pada bulan Mac 2007, mereka hanya Berjaya menyiapkan OD pada Mac 2008 iaitu SELEPAS SETAHUN. Ketabahan mereka menyiapkan OD dan menyelesaikan masalah CCRIS sehingga akhirnya berjaya menyiapkan OD sangat tinggi dan cekal. Kini mereka telah berjaya menyelesaikan hutang suami dengan CCRIS dan dapat tidur lena. Tiada lagi panggilan daripada “debt collector” ataupun pegawai2 Bank meminta hutang. Hanya selepas setahun bresama Aziz CFP(sebelum ini tiada langsung simpanan) simpanan mereka melebihi RM 70,000. “Kami sangat beruntung kerana dapat berjumpa dengan En aziz. Walaupun kami bukan islam(orang India) En aziz tetap terima kami sebagai client”. Kata Indran selepas selesai pertemuan kedua(OD).

En. Murad dan Puan Hanita dari Sg. Petani, sangat alim dan menuruti sunnah nabi sebenar-benarnya. Hampir 2 tahun dgn Aziz CFP. Pada mulanya mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan platform. Hampir semua bank di sekitar Sg. Petani dan Pulau Pinang dipohon Personal Loan tapi masih gagal. Setelah bercakap dan mendapat kata dua dari En aziz, mereka di nasihatkan untuk menyimpan sendiri dengan memotong perbelanjaan bulanan. Amat susah hidup dan perjalanan harian mereka. Banyak perbelanjaan telah dikurangkan. Mereka menyimpan sebanyak RM1,200 sebulan. Selepas lebih setahun mereka berjaya menyimpan dan meneyediakan modal untuk mengadakan platform yang diperlukan.
Takut akan menyalahguna OD, mereka telah datang ke pejabat Aziz CFP di Putrajaya untuk bersemuka dengan En Aziz sendiri sungguhpun selepas lebih setahun jurang perbezaan pertemuan pertama dan kedua. Mereka bertolak dari Sg. Petani dan sampai ke Putrajaya pukul 8 mlm menaiki bas express. Setelah selesai perjumpaan, mereka harus pulang malam itu juga ke Sg. Petani. Mereka terharu kerana kesudian Kak Lin menghantar mereka ke ERL Putrajaya. Dari sana mereka bertolak dan sampai ke Sg. Petani pada pukul 4 pagi hari yang sama.
“Perkara yang paling saya tak dapat lupakan adalah, setelah kami sampai di Sg. Petani, saya telah menghantar satu pesanan ringkas menyatakan yang kami telah selamat sampai. Tanpa diduga, En Aziz telah membalas mesej kami menyatakan rasa syukurnya kepada kami. Kami amat-amat berterima kasih di atas layanan yg di berikan.” Kata2 terakhir En Muarad, seorang alim dan kuat agama itu.