Bengkel dan Konsultansi Pertama di Musim Covid-19

Assalamualaikum W.B.T. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini.

Memandangkan kala ini musim Covid 19, banyak “red-tape” yang diperlukan untuk mendapat dan melalui appointment bagi sesi-sesi konsultansi di pejabat saya di Ayer@8, Putrajaya. Bagaimanapun sehingga kini segala masalah telahpun dapat diatasi kecuali jika pihak kerajaan sekali lagi menghadkan pertemuan menerusi PKP(MCO).

Sehubungan dengan itu, saya telah memutuskan untuk membenarkan pertemuan pertama dengan terus mengadakan appointment tanpa terlebih dahulu menghadiri Bengkel Aziz CFP di Putrajaya.  Tetapi Sdra/Sdri masih perlu mengisi Borang PFF(boleh di download daripada website ini) dan menghantar terus ke alamat email saya, di azizcfp@yahoo.com 

Seperti biasa adalah diharapkan pengisian Borang PFF tersebut diisi setepat dan secara terperinci bagi saya membuat penilaian dan scanning yang sewajarnya. Setelah kesemua itu dipenuhi pihak saya akan menghantar maklumat temujanji dan masa untuk terus datang ke pejabat saya buat Pertemuan Pertama dalam sesi perancangan kewangan peribadi Sdra/Sdri. Jika terdapat pertanyaan atau maklumat lain yang ingin diketahui, bolehlah bertanya pihak saya semasa pertemuan tersebut. Adalah diharapkan cara ini dapat membantu ramai yang masih menunggu untuk menghadiri Bengkel agar boleh menjalani program Perancangan Kewangan Aziz CFP.

Ingin saya ingatkan bahawa cara baru ini hanya dilaksanakan sementara perintah kawalan pergerakan berjalan.

Sekian, Wasallam.

Abd Aziz Ibrahim CFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *