Testimonial

Sebahagian manfaat yang kami perolehi sepanjang mengikuti pelan perancangan kewangan yang disediakan oleh Encik Aziz untuk kami, disini kami ingin berkongsi bersama rakan-rakan baru :

• Kita mesti mempunyai matlamat hidup termasuk matlamat kewangan dan matlamat tersebut perlu direkodkan untuk memudahkan proses pemantauan;
• Kita mesti komited untuk merealisasikan impian kita kerana sememangnya tiada jalan mudah untuk berjaya;
• Memupuk sikap mempercayai antara satu sama lain dikalangan pasangan masing-masing iaitu suami dan isteri dalam memastikan pelan perancangan kewangan berada di landasan yang betul bagi yang ingin mengikutinya;
• Memupuk sikap menghargai usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat pada sesuatu masa. Sememangnya kejayaan yang diperolehi hasil usaha sendiri lebih bermakna;
• Memupuk sikap berjimat-cermat kerana kita akan menjadi lebih peka dengan perbezaan harga barang keperluan serta dapat mengasingkan antara perbelanjaan perlu setiap bulan dengan perbelanjaan yang kurang penting;
• Memupuk sikap Amanah, Jujur, Ikhlas dan Telus dalam diri;
• Menghormati konsep hak yang telah ditandatangani di dalam kontrak pelantikan penasihat perancang kewangan; serta
• Sentiasa berusaha, bersabar, berdoa dan bersyukur akan segala apa yang kita nikmati dan usahakan.

Kesimpulannya, dalam menghadapi cabaran hidup yang lebih materialistik ini, kebanyakan orang berkejar-kejar untuk mendapat kekayaan ala mee segera. Namun, kami percaya bahawa kekayaan dan kesenangan hidup untuk tempoh masa yang panjang sukar untuk dibina dalam tempoh masa yang singkat. Model AJIT boleh mengubah status kehidupan sesiapa yang ingin mempercayai dan yakin dengan keberkesanannya, tetapi dengan syarat ia diuruskan menurut nasihat Encik Aziz sendiri. Kami telah merasai kesenangan kerana rasa percaya dan yakin kepada model AJIT dan kami tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa ia adalah satu alat yang berkesan untuk mengurus dan merancang kewangan dengan bijak. Kini kami berasa lebih yakin dalam menguruskan perbelanjaan kami seharian serta bertambah bersemangat dalam membuat persediaan kearah matlamat kewangan kami seperti yang telah dinyatakan di atas tadi memandangkan jaminan yang telah dibuktikan melalui program pengurusan kewangan kami yang terancang.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Aziz dan Kak Lin sekeluarga di atas usaha anda menjalankan memberikan khidmat nasihat ini. Secara tidak langsung, ia telah memberi peluang kepada golongan bumiputera untuk membuktikan bahawa bumiputera juga boleh berada setaraf dengan bangsa lain yang berjaya. Perlu diingatkan, program ini tidak menjadikan anda kaya-raya seperti menjalankan perniagaan contohnya MLM. Cuma ia akan memberikan anda pengetahuan bagaimana cara menguruskan kewangan secara berhemah dan dengan pendapatan kita sekarang kita mampu mencapai matlamat kewangan kita tanpa berhutang.

Seperti kata pepatah, `hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih’. Kepada yang rakan-rakan yang baru mencuba, teruskan usaha serta senantiasa berdoa kepadaNya supaya segala urusan dipermudahkan dan mudah-mudahan matlamat kewangan anda juga akan tercapai, insyallah.

Sekian, wassalam.

Ikhlas dari, MOHD ROSLI SALIM & NORAZLENA MD IDERIS

Akhirnya, pada 23 May 2007 impian kami nak pakai kereta Merce tercapai dan dalam masa yang sama saving kami bertambah dan Alhamdulillah masalah hutang yang membelenggu kami selesai.

– Lan dan Ita –

AzizCFP menunjukkan pada kami cara cara untuk mencapai impian kami, barulah kami berdua tersandar kelegaan. Mana tidaknya dalam masa 10 ke 15 tahun, insyallah segala hutang kami akan selesai, kami ingin melihat bank akaun kami sebanyak RM1m sebelum usia kami 45 tahun. Semoga tercapailah hasrat dan impian kami. Amin.

– Faiz, faizbkn@yahoo.com –

Dear En. XXXX XXXX,

Pada hemat saya, adalah lebih baik sekiranya saudara menghadiri Kursus En. Aziz Ibrahim CFP “Putrajaya Group Bengkel Pengurusan Kewangan dan Bebas Hutang” di Putrajaya pada 10 Februari nanti. Mungkin teman-teman di yahoogroups ni boleh membantu, tetapi dengan menggunakan khidmat En. Aziz, insyaAllah jalan untuk menutup lubang-lubang hutang saudara tidak mustahil dapat disegerakan.
Sebelum saya menghadiri seminar En. Aziz, dah 4 buah bank saya mohon loan, tapi ditolak. Mungkin ada hikmahnya, saya berkesempatan mengikuti salah satu seminar En. Aziz. Tanpa berfikir panjang, saya terus sign up untuk dapatkan khidmat En.Aziz.

Walaupun hampir 4 bulan berlalu setelah mendapatkan khidmat nasihat En. Aziz, dan 10 kali isi borang untuk memohon loan dan masih ditolak oleh semua bank tersebut, saya tak mengalah. Saya masih berusaha dan Alhamdulillah, akhirnya saya dapat pinjaman daripada Bank Rakyat pada bulan lepas. Perjalanan saya masih jauh, saya belum pun lagi mempunyai OD walaupun di tangan saya ada sijil ASB berpuluh ribu. Setakat ini dah 3 bank RHB termasuk menggunakan bantuan En. Jimmy RHB Balakong, tapi masih gagal. Saudara boleh fikir betapa teruk masalah kewangan saya bukan?

Tapi saya masih belum mengalah, dengan bantuan En. Aziz, saya tahu suatu hari nanti saya akan menyiapkan platform saya sendiri. Mungkin saudara tertanya-tanya, kalau dah guna khidmat En. Aziz nape still susah nak dapatkan OD? Kelebihan khidmat En. Aziz ialah: kita, diri kita sendiri yang akan berusaha, berpeluh keluar masuk bank dan menadah tangan berdoa untuk mencari jalan bagi membebaskan diri dari belenggu hutang. Dengan itu kita akan dapat pengajaran paling berharga dalam hidup ini, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.

Dengan bantuan dan bimbingan En. Aziz, setiap kali saya tersadung dan jatuh, dia akan bimbing dan tunjukkan jalan. Tapi kita lah yang kena bangun dan jalan sendiri. Walaupun dah 3 kali RHB menghampakan saya, masih ada pelbagai cara yang En. Aziz ajar bagi membolosi halangan untuk membuat OD dan menyiapkan platform. Itu adalah salah satu kelebihan kalau join En. Aziz… Nasihat saya brader Xxxx Xxxx, pls do consider to join En. Aziz programmes, we may help you here in yahoogroups, but each and everyone of us should apply tailored made plan towards debt free life.. especially from someone pro like En. Aziz.

– En Roslan & Puan Nabilah –

Pada mulanya kami tertarik dgn kesungguhan rakan yg ingin membebaskan hutang beliau. Setelah mengikuti bengkel perancangan kewangan yg dianjurkan, kami turut melaksanakan perancangan yang dirancangkan untuk kami. Alhamdulilah, setelah mengusahakannya selama empat bulan akhirnya berjaya juga kami melangsaikan bebanan kami selama ini dan kini mulai dpt menyimpan dlm asb sbk 4 angka yang tidak pernah kami fikirkan sebelum ini. Langkah selanjutnya kami akan memendekkan pinjaman perumahan kami dari 30thn ke 10 ke 12 thn shj tanpa membebankan!!. Insyaallah tahun hadapan dapat juga sekeluarga melancong ke luar negara. Wassalam dan kami ingin mengucapkan terima kasih kpd En Aziz Ibrahim, Kak Lin dan crew Aziz Ibrahim CFP di Putrajaya.

– Anonymous –