
|
Mujahid dan isteri salah seorang klien di Kuantan, bekerja sebagai technician, gaji bersih RM1,560, utk tambah pendapatannya suami-isteri beranak 2 itu menjual "jelly kelapa muda" di pasar2 malam pada hujung minggu dengan mendapat pendapatan tambahan RM700 sebulan. Mereka berhasrat memiliki sebuah rumah. Sebelum menjadi klien Aziz CFP, seluruh Kuantan dicari mereka housing loan bertujuan membiayai rumah impian mereka. Semua bank di Kuantan hanya membenarkan pinjaman tidak lebih RM60k buat mereka memandangkan pendapatan mereka yang sedemikian. Bagaimanapun niat mereka tidak terpadam begitu sahaja. Pada hakikatnya hidup mereka tidak susah tapi tak senang.
|
|
Indran dan suami berbangsa India adalah antara beberapa klien bukan bumi dengan Aziz Ibrahim CFP. Sebelum ini merka mempunyai hutang yang banyak. suami Indran pula mempunyai hutang dan sangkut di CCRIS. Selepas pertemuan pertama pada bulan Mac 2007, mereka hanya Berjaya menyiapkan OD pada Mac 2008 iaitu SELEPAS SETAHUN. Ketabahan mereka menyiapkan OD dan menyelesaikan masalah CCRIS sehingga akhirnya berjaya menyiapkan OD sangat tinggi dan cekal. Kini mereka telah berjaya menyelesaikan hutang suami dengan CCRIS dan dapat tidur lena. Tiada lagi panggilan daripada "debt collector" ataupun pegawai2 Bank meminta hutang. Hanya selepas setahun bresama Aziz CFP(sebelum ini tiada langsung simpanan) simpanan mereka melebihi RM 70,000. "Kami sangat beruntung kerana dapat berjumpa dengan En aziz. Walaupun kami bukan islam(orang India) En aziz tetap terima kami sebagai client". Kata Indran selepas selesai pertemuan kedua(OD). |
|
En. Murad dan Puan Hanita dari Sg. Petani, sangat alim dan menuruti sunnah nabi sebenar-benarnya. Hampir 2 tahun dgn Aziz CFP. Pada mulanya mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan platform. Hampir semua bank di sekitar Sg. Petani dan Pulau Pinang dipohon Personal Loan tapi masih gagal. Setelah bercakap dan mendapat kata dua dari En aziz, mereka di nasihatkan untuk menyimpan sendiri dengan memotong perbelanjaan bulanan. Amat susah hidup dan perjalanan harian mereka. Banyak perbelanjaan telah dikurangkan. Mereka menyimpan sebanyak RM1,200 sebulan. Selepas lebih setahun mereka berjaya menyimpan dan meneyediakan modal untuk mengadakan platform yang diperlukan.
|