Pendaftaran Seminar
Nama Alamat Email H/P No. Tempat Seminar
PENGUMUMAN
 

Wednesday, August 1, 2018

ALIRAN KEWANGAN YANG SIHAT

Bagaimana hendak menyimpan apabila belanja bulanan pun tak mencukupi? Keluhan seperti ini adalah norma dalam keadaan hidup dan ekonomi semasa. Apabila seseorang itu mempunyai pendapatan yang tetap, ia akan berdepan dengan keadaan dimana ia akan merasakan kapasitinya terbatas. ` Ibarat semut yang berlegar-legar dalam lingakaran kotak yang diperuntukkan.` Penyelesaian mudah yang biasanya diambil oleh golongan ini adalah cuba untuk membesarkan lingkaran kotak tersebut. Dalam erti kata lain, mencari peluang bagi menambah jumlah pendapatan mereka. Namun begitu, adakah ia merupakan jalan penyelesaian yang tepat dan benar? Dalam kalangan masyarakat yang menuju kearah gaya hidup meritokrasi, kehidupan kita ibarat ` survival of the fittest`, ia sangat mencabar dan memberi tekanan yang besar terutama bagi golongan muda.

Amalan menggali lubang bagi menutup lubang lain juga merupakan amalan yang biasanya diamalkan sebagai salah satu jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Ianya tidak salah, tetapi jika masalah sebenar tidak dikenalpasti dan dirawat dari akar umbi, buatlah macam mana pun, anda hanya akan berdepan dengan kekecewaan dan keadaan yang lebih sulit dari yang asal. Aliran kewangan yang baik adalah jawapan yang paling tepat bagi masalah ini. Samada kita tahu atau kita buat-buat tak tahu tentang jalan penyelesaian yang satu ini. Konsep aliran kewangan yang sihat dan positif adalah satu konsep yang sangat penting dan saya sangat tegaskan terutama dalam kalangan klien azizcfp. Jika aliran kewangan anda negatif dan anda gagal membuat simpanan, jangan kita bercakap soal lain. Dalam hal ini, biasanya saya akan bahagikan kepada 2 kategori; perbelanjaan peribadi DAN pengurusan hutang.

Aspek penjagaan bajet bulanan bagi merangka perbelanjaan adalah komponen yang sangat penting dalam perancangan kewangan. Jika anda tiada disiplin dalam menjaga perbelanjaan dan culas dalam merekod angka, percayalah, masalah anda tidak akan pernah selesai. Komponen kedua ialah pengurusan hutang. Jika ditanya mengenai penglaman, bagi saya, jika seorang klien memberi kerjasama dan berdisiplin dalam menjaga perbelanjaan, mereka ini adalah dalam kategori klien yang ideal. Hal ini kerana disiplin mereka memberi ruang yang besar kepada saya sebagai penasihat untuk bermain dengan kreativiti dalam profil kewangan mereka. `It’s a thrill instead of a chore.`

Disini saya kongsikan sedikit tip menjaga aliran kewangan secara ringkas:-
1) Pay yourself first
- Fokus untuk simpanan peribadi anda apabila anda memperoleh pendapatan sebelum menyelesaikan aspek-aspek lain dalam kewangan.

2) Catit perbelanjaan anda
- Penggunaan buku 555 yang digalakkan kepada klien azizcfp adalah amat baik jika dijadikan amalan dan bukanlah sekadar tayangan semata-mata

3) Keperluan vs Kehendak
- Utamakan keperluan dalam perbelanjaan, kompromi dalam kehendak yang anda inginkan. Susun prioriti anda mengikut keadaan semasa.

Panduan yang diberikan diatas mungkin berbunyi klise, tetapi jika anda amalkannya secara intensif selama 6 bulan, pasti akan ada perubahan dalam kewangan anda. Semoga sedikit sebanyak panduan tersebut boleh memberi semangat kepada anda yang membaca bagi menentukan kesihatan aliran kewangan anda.

Atika Aziz CFP

 

Monday, July 16, 2018

Merancang Kewangan Perkara Terpenting Kehidupan Dunia

Salam sejahtera, Kehidupan di dunia sememangnya mencabar bukan hanya berbentuk fizikal malahan juga keimanan kita. Beberapa hari kebelakangan ini banyak saya terima berita kawan2 sebaya yg telah meninggal dunia akibat stroke dan collapsed secara tiba2. Benar, kita menerima qada dan qadar, rezeki, jodoh pertemuan dan ajal serta maut itu di tangan Allah S.W.T. Tapi adakah kita telah bersedia? Ataupun sekurang2nya menyediakan “back-up” utk anak2 dan ahli keluarga yg ditinggalkan? Inilah kenapa pentingnya kita mempunyai plan perancangan kewangan yg tersusun buat menempuh gejala2 sedemikian rupa.

Apakah plan perancangan kewangan yg harus diadakan? Persoalan ini adalah sebegitu akademik dan kebanyakan kita dan saya juga bosan utk membincangkan perkara2 dan langkah2 1,2,3,dan seterusnya. Bagaimanapun tidakkah perlu kita mengadakan setidak2nya asas plan perancangan kewangan sebelum kita memasuki ke bab merancang kewangan yg menyeluruh? Bagi saya, dalam keadaan ekonomi sekarang dikala ketidaktentuan halatuju ekonomi negara dan ekonomi global yg mencabar yang mana ianya secara langsung akan terpalit kepada ekonomi negara kita seterusnya kearah kita secara personal. Perkara2 berikut harus kita titikberatkan:- 1) Pastikan kita mempunyai cukup simpanan sekurang2nya utk 8 bulan kos kehidupan, lebih elok lagi jika ada minima 2 tahun kos kehidupan sekeluarga, 2) Kurangkan hutang2 personal serendah yg mungkin, jika boleh tiada hutang langsung(financial freedom is free from debt) dan 3) Pastikan cashflow bulanan drpd pendapatan bulanan adalah positif. Bermaksud pendapatan bulanan mesti melebihi belanja bulanan samada perbelanjaan harian maupun bulanan.

Jika perkara di atas mampu dibuat sudah pasti ianya akan memudahkan kehidupan duniawi kita dan menjurus kearah kehidupan akhirat yg lebih terjaga. Perkara ini mampu dan dilaksanakan oleh KESEMUA klien aziz cfp. Tiada persoalan kedua kerana jika tidak, Model AJIT tidak boleh dilaksanakan untuk prospektif klien. Ini adalah kejayaan program plan merancang kewangan yg telah kita laksanakan dan ianya akan terus dilaksanakan sebagaimana menurut sunnah Rasulallah S.A W. bahawa terjamin syurga seseorang itu jika ianya dapat melaksanakan 3 perkara asas ini, iaitu 1) orang lapar diberikan roti, 2) orang dahaga diberikan air dan 3) orang yang ada masalah hutang, tolonglah keluarkan orang itu daripada masalah hutangnya.

Akhir kata, telah lama juga saya tidak menulis di lawan web saya ini, ada yg tertanya2 kenapa tiada atikel baru di laman web ini? Insyaallah mulai hari ini, sekurang2nya seminggu sekali akan saya cuba utk menulis atikel2 yg saya rasa nak tulis dan jika ada permintaan drpd saudara/saudari sekelian saya akan cuba memenuhi topik2 yg anda cadangkan juga. Insyaallah.

 

Saturday, July 9, 2016

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Salam sejahtera,

Pihak azizcfp ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Sudah terlalu lama rasanya laman web ini tidak dikemaskini dengan artikel-artikel baru. Lebih 4 tahun rasanya. Walaubagaimanapun, kini pihak azizcfp akan terus mengemaskini dengan hasil penulisan yang boleh mencetuskan idea dan membolehkan perkongsian ilmu dibuat.
Perlu diingat bahawa segala hasil penulisan yang dibuat adalah bersifat perkongsian ilmu bagi kegunaan umum. Penyelesaian masalah kewangan secara peribadi mungkin akan berbeza daripada hasil penulisan yang ada.
Jadi, nantikan artikel-artikel menarik yang akan dikongsi bersama.

 

Sunday, August 12, 2012

Kisah & Teladan

Salam sejahtera, pertama sekali ingin saya terangkan di sini bahawa tujuan saya menulis ini adalah untuk dijadikan sebagai tauladan kepada semua pihak. Biar saya kenalkan diri saya sebagai X , saya sudah mempunyai keluarga dan mempunyai 5 orang anak. Mereka semua sudah besar panjang dan menuntut di institusi2 pengajian tinggi bagi melanjutkan pelajaran. Walaupun saya seorang yang bekerja manakala isteri pulak surirumah sepenuh masa tetapi pendapatan bulanan saya hanya cukup-cukup buat menyara keperluan anak-anak dan membayar hutang-hutang yang perlu dibayar. Kedua-dua rumah kos rendah yang saya ada, saya sewakan dan saya perlu membayar dua buah kereta biasa pada setiap bulan. Saya sendiri menyewa di sebuah rumah kos rendah.

[Read More…]

 

Sunday, August 5, 2012

Selamat Datang Ke Laman Sesawang Baru azizcfp.com

azizcfp ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat ke laman sesawang baru www.azizcfpx.com & www.azizcfp.com

Buat masa ini, laman sesawang ini masih lagi dalam pembikinan & kerja-kerja kemaskini yang mutakhir. Antara lain ianya akan dimuatkan dengan artikel & rencana-rencana penerangan menegenai produk, ulasan, berita & semua perkara yang melibatkan isu kewangan secara amnya & perancangan kewangan khususnya yang boleh memberi menafaat kepada pelawat laman sesawang ini.

Oleh kerana laman sesawang ini agak baru & masih dalam proses kemaskini terakhir kami ingin memohon maaf kepada pelawat baru & pelawat yang sedia ada (samaada pelanggan baru atau lama azizcfp) di atas segala kesulitan yang dihadapi ketika melayari laman sesawang ini. Sesetengah rantaian/link seperti Forum azizcfp mungkin tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Untuk mereka yang berminat untuk menyertai seminar & seterusnya menyertai program azizcfp ini bolehlah merujuk ke bahagian atas lawan sesawang ini untuk rujukan tarikh seminar yang akan datang & sila isi butiran saudara/saudari di dalam ruangan Pendaftaran Seminar yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

admin, azizcfp.com

 

Admin area

 
 
 

About Us

  • sekuriti.gif
    Dilesenkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Perancang Kewangan/Penasihat Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti No. Lesen : CMSL-1/A0001/2007
  • logo.gif
 
 

Download & Links

  • borang-pff-label.gif
  • peta-pejabat-label.gif
  • peta-lokasi-bengkel-label.gif