ALIRAN KEWANGAN YANG SIHAT

Bagaimana hendak menyimpan apabila belanja bulanan pun tak mencukupi? Keluhan seperti ini adalah norma dalam keadaan hidup dan ekonomi semasa. Apabila seseorang itu mempunyai pendapatan yang tetap, ia akan berdepan dengan keadaan dimana ia akan merasakan kapasitinya terbatas. ` Ibarat semut yang berlegar-legar dalam lingakaran kotak yang diperuntukkan.` Penyelesaian mudah yang biasanya diambil oleh golongan ini adalah cuba untuk membesarkan lingkaran kotak tersebut. Dalam erti kata lain, mencari peluang bagi menambah jumlah pendapatan mereka. Namun begitu, adakah ia merupakan jalan penyelesaian yang tepat dan benar? Dalam kalangan masyarakat yang menuju kearah gaya hidup meritokrasi, kehidupan kita ibarat ` survival of the fittest`, ia sangat mencabar dan memberi tekanan yang besar terutama bagi golongan muda.

Amalan menggali lubang bagi menutup lubang lain juga merupakan amalan yang biasanya diamalkan sebagai salah satu jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Ianya tidak salah, tetapi jika masalah sebenar tidak dikenalpasti dan dirawat dari akar umbi, buatlah macam mana pun, anda hanya akan berdepan dengan kekecewaan dan keadaan yang lebih sulit dari yang asal. Aliran kewangan yang baik adalah jawapan yang paling tepat bagi masalah ini. Samada kita tahu atau kita buat-buat tak tahu tentang jalan penyelesaian yang satu ini. Konsep aliran kewangan yang sihat dan positif adalah satu konsep yang sangat penting dan saya sangat tegaskan terutama dalam kalangan klien azizcfp. Jika aliran kewangan anda negatif dan anda gagal membuat simpanan, jangan kita bercakap soal lain. Dalam hal ini, biasanya saya akan bahagikan kepada 2 kategori; perbelanjaan peribadi DAN pengurusan hutang.

Aspek penjagaan bajet bulanan bagi merangka perbelanjaan adalah komponen yang sangat penting dalam perancangan kewangan. Jika anda tiada disiplin dalam menjaga perbelanjaan dan culas dalam merekod angka, percayalah, masalah anda tidak akan pernah selesai. Komponen kedua ialah pengurusan hutang. Jika ditanya mengenai penglaman, bagi saya, jika seorang klien memberi kerjasama dan berdisiplin dalam menjaga perbelanjaan, mereka ini adalah dalam kategori klien yang ideal. Hal ini kerana disiplin mereka memberi ruang yang besar kepada saya sebagai penasihat untuk bermain dengan kreativiti dalam profil kewangan mereka. `It’s a thrill instead of a chore.`

Disini saya kongsikan sedikit tip menjaga aliran kewangan secara ringkas:-
1) Pay yourself first
– Fokus untuk simpanan peribadi anda apabila anda memperoleh pendapatan sebelum menyelesaikan aspek-aspek lain dalam kewangan.

2) Catit perbelanjaan anda
– Penggunaan buku 555 yang digalakkan kepada klien azizcfp adalah amat baik jika dijadikan amalan dan bukanlah sekadar tayangan semata-mata

3) Keperluan vs Kehendak
– Utamakan keperluan dalam perbelanjaan, kompromi dalam kehendak yang anda inginkan. Susun prioriti anda mengikut keadaan semasa.

Panduan yang diberikan diatas mungkin berbunyi klise, tetapi jika anda amalkannya secara intensif selama 6 bulan, pasti akan ada perubahan dalam kewangan anda. Semoga sedikit sebanyak panduan tersebut boleh memberi semangat kepada anda yang membaca bagi menentukan kesihatan aliran kewangan anda.

Atika Aziz CFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *