DILEMA ORANG MUDA

Salam,

Pertama kali diberi peluang untuk menulis dalam ruangan bagi mengupas tajuk yang penting iaitu perancangan kewangan. Dalam perubahan yang sedang berlaku dalam negara kita, persoalan dan dilema dari segi kewangan terutama dalam golongan orang muda masih berada pada takuk yang sama. Dilema yang harus ditempuhi oleh para graduan mahupun golongan belia adalah merujuk kepada isu perancangan kewangan. Apabila disentuh sahaja mengenai isu ini, ia ibarat telinga kami ditarik sehingga merah kerana wujudnya stereotaip yang berlegar. Perancangan kewangan @ `financial planning`? Penjualan insurans atau unit trust atau produk-produk sewaktu dengannya? Hakikatnya, pendapat tersebut boleh dikatakan separa benar kerana ia tidak merujuk kepada proses perancangan kewangan secara menyeluruh.

Bagi golongan muda, perancangan kewangan @ financial planning adalah satu topik yang dianggap leceh dan rumit. Ia hanya sesuai untuk golongan kaya, berada atau mungkin lebih sesuai untuk mereka yang lebih dewasa. Terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan oleh golongan belia sebaik sahaja mereka menggenggam segulung ijazah. Tekanan dalam mencari pekerjaan, tekanan kerja itu sendiri, memenuhi gaya hidup dan kehendak dan juga tekanan dari keluarga atau masyarakat mengenai persediaan kewangan untuk perkahwinan. Dimana titik permulaan harus bermula?

Perancangan kewanga @ financial planning tidak seharusnya dilihat dari sudut yang sempit. Walaubagaimanapun, bagi memulakannya, ia memerlukan disiplin dan kesedaran yang kuat dalam diri seseorang individu. Terdapat banyak aspek yang boleh dan akan dikupas oleh saya bagi hasil penulisan akan datang. Idea dan hasil penulisan tersebut adalah hasil dari pengalaman dan pemerhatian saya dalam mengendalikan fail-fail kewangan klien azizcfp setelah sekian lama. Kesimpulan dari hasil pemerhatian tersebut boleh dijadikan sedikit sebanyak sebagai bahan panduan dan rujukan terutama bagi golongan muda dalam isu perancangan kewangan. Insyaallah, ia akan dapat menambahbaik pengetahuan bagi sesiapa yang membaca artikel yang telah dihasilkan.

Sekian

Atika Aziz CFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *